Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan badan induk bola sepak negara itu tidak pernah mengiktiraf Double Contract dalam saingan Liga Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata pihaknya hanya akan mengambil kira kontrak utama sekiranya terdapat masalah seperti tunggakan gaji.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Apabila perkara ini melibatkan tunggakan gaji, FAM akan hanya mengambil kontrak utama dalam sistem FAM sebagai keputusan terakhir.

“Jadi ia amat penting jika hanya ada satu kontrak utama bagi memudahkan urusan jika melibatkan tunggakan gaji,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.

FAM
Sumber Gambar: MUSA

Pada masa yang sama, bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Safiq Rahim menegaskan beliau tidak pernah berdepan dengan masalah Double Contract sebelum ini.

“Pemain dan pihak pengurusan harus saling menghormati. Saya tidak berniat untuk mengangkat Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi mereka menunjukkan contoh yang terbaik,” kata Safiq.

Baca artikel lain mengenai Double Contract di sini:

Percayalah ‘Double Contracts’ Antara Faktor Sistem Gaji Siling Tidak Akan Berjaya Dilaksanakan

CEO PFAM Nasihati Pemain Agar Tidak Terima “Double Contract”

‘The Hard Truth’: Perspektif Peribadi Pemain Mengenai Isu ‘Double Contracts’ Dalam Liga Malaysia