Ketika ini Malaysia mempunyai 2 pemain naturalisasi yang telah mendapat status warganegara Malaysia secara rasmi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi. Kedua-dua pemain ini beraksi di posisi tengah dan serangan.

Malah, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga sedang menunggu keputusan proses naturalisasi seorang lagi penyerang iaitu Guilherme De Paula yang memerlukan sedikit masa lagi untuk diselesaikan bagi memastikan FAM memenuhi segala peraturan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Namun, timbul persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai kekuatan dibahagian pertahanan kerana skuad Harimau Malaya kerana dibolosi dengan mudah setiap kali bertemu lawan yang lebih kuat.

Mengulas mengenai isu tersebut, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata dalam Arena Metro, buat masa ini pihaknya fokus kepada posisi kritikal seperti jentera serangan dan tengah kerana Malaysia masih mempunyai ramai pemain pertahanan tempatan yang boleh diharapkan.

“Tapi saya rasa gandingan pemain pertahanan tempatan juga ramai seperti Dominic Tan, Adam Norazlin, Aidil Zafuan Radzak, Shahrul Saad dan mungkin dari liga tahun ini kita akan lihat lebih ramai pemain pertahanan lagi.

“Memang kalau ikutkan posisi itu (pertahanan tengah) penting, tapi mungkin ia tidak terlalu terdesak,” katanya.

FBL-AFF-MAS-THA
Aksi Aidil Zafuan ketika menentang Thailand. (Photo: MOHD RASFAN / AFP) (MOHD RASFAN/AFP/Getty Images)

Selain itu, masih tiada pemain pertahanan import yang beraksi dalam Liga Malaysia selama 5 musim berturut-turut seperti mana Liridon Krasniqi yang beraksi dengan skuad Kedah sejak 2015.

“Saya rasa itu salah satu posisi ‘natural’ untuk kita tengok, tetapi kalau tengok pertahanan tengah pun tak ada siapa nak dekat (lima tahun).

“Sebaliknya ia lebih kepada pemain tengah dan serangan saja yang nak dekat empat atau lima tahun. Dulu tak silap saya ada seorang pemain pertahanan dari Terengganu, Vincent Bikana, tapi dia pun nak hampir lima tahun lepas itu dah keluar,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya yang mungkin anda terlepas pandang.

FIFA Benarkan Liridon Krasniqi Sarung Jersi Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’

MFL Mansuhkan Manual Syarat Pemain Naturalisasi