Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menerima perkhabaran yang gembira apabila dicalonkan dalam kategori Ahli Persatuan Berinspirasi untuk Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Dream Asia 2019 yang akan datang.

Anugerah tersebut, yang diperkenalkan pada tahun 2018, menempatkan FAM bersama Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran, Persatuan Bola Sepak Jepun, Persatuan Bola Sepak Uzbekistan dan Persatuan Bola Sepak China.

yeop2mvndngeqkhmiden
FOTO : AFC

Pemenang anugerah tahun ini akan diumumkan pada 30 Oktober 2019 pada Sidang Tanggungjawab Sosial AFC tahunan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk rekod, FAM diumum sebagai pemenang Anugerah Dream Asia AFC 2018 dalam kategori Pembangunan tahun lepas.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh FAM untuk memajukan bola sepak negara. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

FAM Lakukan Kajian Terperinci Sebelum Panggil Pemain Dari Luar Negara

Warganet Puji Sikap FAM Hargai Pengorbanan Penyokong

Lawatan Sambil Belajar FAM Ke Jepun Kini Bermula