Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan mereka telah menerima dokumen tambahan mengenai latar belakang Marcel Kalonda.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata FAM telah menerima dokumen seperti sijil kelahiran, sijil perkahwinan ibu bapa dan pasport milik pemain berusia 22 tahun itu.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Kami telah menerima beberapa dokumen baru daripada Kalonda dan masih dalam proses menyelidik bagi memastikan ia sah atau memerlukan lebih penjelasan. Jadi, kami perlukan beberapa hari lagi.

“Terlalu awal untuk saya mengesahkan sebarang perkara. Pasukan teknikal akan membuat semua pemantauan dan pemilihan,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.

FAM
Sumber Gambar: Zesco United

Walaubagaimanapun, badan induk bola sepak negara itu masih belum menerima surat daripada FA Congo yang mengatakan Kalonda belum beraksi bersama pasukan kebangsaan tersebut.

Kalonda menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air apabila status beliau dalam permainan Football Manager yang menyatakan pemain pertahanan itu berasal dari Malaysia.

Baca artikel lain mengenai Marcel Kalonda di sini:

Adam Nor Azlin Tidak Goyah Sekiranya Marcel Kalonda Sarung Jersi Skuad Kebangsaan

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Marcel Kalonda Serah Dokumen Rasmi Berhubung Latar Belakang Kepada FAM