Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tiada campur tangan dari mereka mengenai kedudukan pemain naturalisasi dalam pasukan kebangsaan.

Menurut perkongsian Makan Bola, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata pemain yang dipanggil untuk beraksi bersama pasukan negara dipilih berdasarkan prestasi dan FAM tidak mencampuri urusan yang dibuat oleh staf kejurulatihan.

Pemain Naturalisasi
Sumber Gambar: FAM

“Kita tak bagi apa-apa terma, sebab dari segi pemilihan pemain, kita tidak ada campur tangan daripada pihak atasan untuk jurulatih memilih,” katanya.

Saifuddin menambah ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mempunyai kuasa penuh berkenaan pemilihan pemain kerana lebih arif mengenai pemain yang dipanggil dan bagaimana mengendalikan pasukan.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai campur tangan dari beberapa pihak mengenai pemilihan pemain yang dipanggil beraksi bersama pasukan negara.

Ini kerana selepas salah seorang pemain berstatus naturalisasi, Guilherme De Paula yang menampilkan prestasi hambar ketika dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini.

Pemain Naturalisasi
Aksi Guilherme De Paula ketika Malaysia menentang Thailand. Sumber Gambar: Chnagsuek

Setakat ini, Malaysia telah memiliki tiga orang pemain yang berstatus pemain naturalisasi. Tiga orang pemain itu ialah Sumareh (Gambia), De Paula (Brazil) dan juga Liridon Krasniqi (Kosovo).

Malaysia akan beraksi dalam saingan Piala AFF dijadualkan berlangsung dari 5 Disember sehingga 1 Januari tahun depan dan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan iaitu Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Selepas mengharungi Piala AFF, pasukan negara akan menghadapi saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 yang dijangka berlangsung pada Februari tahun depan.

FAM berminat untuk membida salah satu daripada 6 venue berpusat yang akan ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’.

Keputusan itu diambil setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran yang dihadapi oleh pasukan bertanding disebabkan oleh pandemik COVID-19 disamping memberikan prioriti kepada semua ahli yang terlibat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Luqman Hakim: “Sebagai Striker, Mesti Orang Target Punya. Saya Kena Bijak Dan Jangan Ambil Mudah.”

Faiz Subri Kembali Beraksi Di Saingan Liga Super Musim Hadapan

CEO MFL:”Kemenangan Automatik Dengan Jaringan 3-0 Untuk Pasukan Lawan Bermula Aksi Ke-3 TM Piala Malaysia 2021.”