Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan kewujudan sebuah pasukan yang menjadi perbualan ketika ini, Rakyat United masih belum sah.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata kewujudan Rakyat masih belum sah kerana pihaknya harus memperhalusi terlebih dahulu dokumen yang dihantar oleh pihak pengurusan pasukan.

“Pasukan Rakyat United belum sah lagi dan terdapat banyak khabar angin mengenai status pasukan itu dalam liga tempatan tetapi buat masa ini, masih tiada kedudukan rasmi buat mereka.

“Ia disebabkan jika mereka mengambil alih Felda United sekalipun, status Felda United juga masih belum diluluskan.

“Jadi, saya rasakan adalah terlalu cepat untuk menggerakkan projek Rakyat United ini,” katanya menurut laporan Astro Arena.

Khabarnya, tujuan utama Rakyat United ditubuhkan adalah untuk menggantikan pasukan Felda United yang menarik diri dari saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pasukan yang masih misteri ini sedang giat merekrut pemain bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai Rakyat United dan Felda United di sini:

Sebuah Pasukan Yang Dikenali Sebagai ‘Rakyat United’ Giat Rekrut Pemain Untuk Liga Super/Liga Premier 2021?

Pemilik Baharu Bakal Ambil Alih Felda United?

Pengurusan Lama Felda United Berusaha Selamatkan Pasukan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group