Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berminat untuk menjadi tuan rumah bagi baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Wira Mohad Yusof Mahadi menyuarakan perkara ini sekiranya semua perlawanan peringkat kelayakan perlu dijalankan pada Jun ini.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Kami mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.

“Bergantung Mac ini sama ada akan mengadakan perlawanan secara berpusat selain kebarangkalian untuk menawarkan diri sebagai tuan rumah,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Pasukan negara masih lagi mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan iaitu menentang Vietnam di laman sendiri serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand di laman lawan.

Dalam carta kumpulan G, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sedang menghuni tangga kedua dengan kutipan 9 mata, dua mata dibelakang pendahulu iaitu Vietnam dan satu mata dihadapan pasukan tempat ketiga iaitu Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bekas Pemain Minta Zamsaham Kawal Emosi

Kurniawan Dwi Yulianto Mahu Jorge Pereyra Diaz Perkuatkan Sabah

Kelantan United Mahu Fitri Omar Bimbing Pemain Muda, Pengalaman 17 Tahun Dalam Liga Diperlukan