Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan sokongan sepenuhnya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai penganjuran Piala Malaysia musim ini.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata sekiranya MFL meletakkan tuntutan kewangan dan komersial sebagai keutamaan, maka pihaknya akan memberikan sokongan sepenuhnya.

FAM

Sumber Gambar: FAM

“Hal ini bukan sahaja berkaitan isu bola sepak dan keselamatan sahaja, tetapi isu kewangan dan komersial juga perlu dipertimbangkan secara menyeluruh.

“Saya tidak tahu kandungan kontrak di antara penaja dan MFL tetapi MFL pastinya akan membuat pertimbangan terhadap semua aspek.

“Bukannya MFL tidak mendengar rayuan daripada pasukan-pasukan (yang menyarankan supaya Piala Malaysia musim ini dibatalkan) kerana ada juga yang mahu menganjurkannnya,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

FAM

FOTO: FA Selangor

Meskipun jangkitan baharu COVID-19 mencecah empat angka ketika ini, MFL bertegas untuk meneruskan saingan Piala Malaysia edisi kali ini.

Undian dijadualkan berlangsung pada 1 November ini dan format kejohanan berbeza berbanding edisi sebelumnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepak

Diet Paleo Serta Latihan Beban Bantu Pemain Tempatan Ini Ubah Fizikal Jadi Lebih Sasa

TMJ Hanya Mahukan Yang Terbaik Di JDT, Padang Stadium Sultan Ibrahim Dalam Proses Pembaharuan Besar-Besaran

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group