Sukan Olimpik 2024 kini menjadi sasaran terbaharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19).

Justeru itu, mereka bercadang untuk menghantar skuad kendalian Brad Maloney itu ke Sukan SEA di Vietnam tahun depan sebagai pendedahan awal dan persiapan untuk menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Bagaimanapun, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana perlu mendapat lampu hijau daripada semua pihak termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami telah berjumpa wakil MOM, dan pertemuan itu berkenaan Sukan SEA. Kami berbincang mengenai kemungkinan untuk menghantar skuad bawah 19 ke Sukan SEA tetapi belum ada keputusan muktamad lagi,” kata Naib Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram dipetik dalam New Straits Times.

107589409_3023566061073471_21220727970122358_o
FOTO: FAM

Menurut Sivasundram, perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad kebangsaan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Akan ada mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad kebangsaan nanti untuk bincangkan isu ini.

“Kami sangat serius untuk pertimbangkan cadangan menghantar skuad bawah 19 ke Sukan SEA dengan sasaran utama ialah layak ke Sukan Olimpik 2024.  Sekali lagi, belum ada apa-apa pengesahan setakat ini,” jelasnya.

Skuad Malaysia B-19 bakal menghadapi kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan pada bulan depan.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti aksi kedua menentang Qatar pada Isnin, 19 Oktober 2020 dan seterusnya aksi terakhir kumpulan berdepan Yemen pada Khamis, 22 Oktober 2020.

jadual afc u19-01-01

Dua pasukan teratas setiap kumpulan (8 pasukan) seterusnya akan layak ke suku akhir yang mana jika Malaysia berjaya muncul juara Kumpulan D, lawan adalah naib juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos) dan jika Malaysia naib juara Kumpulan D, lawan adalah juara Kumpulan C (Arab Saudi, Australia, Vietnam atau Laos).

Seterusnya, empat pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan secara automatik layak ke Piala Dunia B-20 2021 di Indonesia.

Namun jika Indonesia menjadi salah satu pasukan yang ke separuh akhir, maka satu lagi slot tambahan akan diberikan yang mana ia akan direbut oleh empat pasukan yang kalah pada suku akhir menerusi perlawanan playoff.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain tempatan melalui pautan dibawah. 

Gol Safawi Rasid Mara Ke Peringkat Akhir Bagi Anugerah “Best ACL Goal of the Decade”

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk

Video Ini Isyarat Jelas Mohamadou Sumareh Ke Police Tero FC ‘Done Deal’?