Tarikh akhir 30 September 2020 semakin dekat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier melengkapkan proses pemisahan status persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC) sepenuhnya.

Semalam, FAM mengesahkan Melaka United menjadi pasukan terbaharu yang sudah melengkapkan proses penswastaan selain Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak FA, PJ City, ATM FA dan Negeri Sembilan FA.

Manakala beberapa pasukan lain sudah berada di tahap 80% dan baki 20% dijangka akan selesai bulan ini.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin memuji usaha pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang komited untuk menyelesaikan proses penswastaan demi kemajuan bola sepak negara.

119006461_3198719183558157_1040812321688085330_o
FOTO: FAM

Beliau juga bertukar pandangan dengan dengan Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman mengenai syarat-syarat pelesenan kelab, status kewangan MUSA, peta hala tuju FAM serta visi dan misi MFL.

“FAM berbesar hati menerima kunjungan hormat Datuk Seri Utama Haji Sulaiman dan delegasi MUSA yang menggambarkan komitmen mereka untuk mendalami dasar-dasar serta usaha-usaha yang FAM lakukan.

“FAM juga diberi taklimat mengenai kedudukan kewangan MUSA yang tetap komited dalam memenuhi semua kriteria dan syarat-syarat yang terkandung dalam pelesenan kelab FAM.

“Dengan usaha dan komitmen ini jelas membuktikan keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam memimpin MUSA,” kata Datuk Haji Hamidin dalam satu kenyataan di laman facebook FAM.

Pasukan yang gagal melakukan pemisahan FA ke FC tidak dibenarkan menyertai Liga Super atau Liga Premier musim depan sebaliknya akan diturunkan ke Liga Amatur iaitu Liga M3.

Baca artikel lain mengenai perkembangan proses penswastaan pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

FAM Yakin Proses Penswastaan Pasukan Pahang Akan Selesai Sebelum 30 September

Empat Pasukan Masih Hadapi Masalah Selesaikan Perlesenan Kelab

“Jika Proses Penswastaan Pasukan Liga Malaysia Gagal Dilaksanakan, Perlesenan FAM Tidak Diiktiraf Oleh AFC.” – Dato’ Windsor John