Pertembungan dua pasukan teratas Liga Premier di antara Sarawak United menentang Negeri Sembilan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras jumaat lepas telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Terdapat insiden panas berlaku pada minit ke 65 apabila penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepadanya.

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil hari ini mengesahkan bahawa keputusan pengadil perlawanan pada malam itu (Muhammad Kamil Zakaria) adalah tepat (Sepakan Penalti + Kad Merah).

Perkara ini adalah selari dengan lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22 yang digariskan oleh IFAB, di bawah Undang-undang 12.

“Dalam lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22, di bawah Undang-undang 5 juga ada menyatakan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad.

“Sehubungan FAM ingin mengingatkan semua Pemain dan Pegawai Pasukan agar menyalurkan aduan atau bantahan mereka melalui saluran yang betul. Tindakan agresif dan menyerang pegawai perlawanan adalah sesuatu yang ditegah serta mencemarkan imej bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.

“Bagi Jawatankuasa Pengadil FAM, setiap cadangan untuk penambahbaikan pengadil akan dinilai dengan sebaiknya dan tindakan yang sewajarnya juga akan diambil terhadap pegawai perlawanan yang didapati terkhilaf dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Dato S. Sivasundaram.

Selain itu, perlawanan tersebut juga tidak berakhir dengan aman apabila terdapat insiden pergaduhan di dalam padang selepas wisel penamat dibunyikan melibatkan pengadil utama, Mohamad Kamil Zakaria dengan pemain dan pegawai pasukan Sarawak United.

Penggantungan perlawanan dan denda dijangka menanti pemain dan pegawai Sarawak United selepas mereka didapati menyerang pengadil.

Meskipun belum diketahui sama ada kes terbabit akan ‘sampai’ ke pengetahuan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ‘sejarah’ sebelum ini memberi bayangan mengenai bentuk hukuman yang mungkin dikenakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

JDT Intai Peluang Untuk Juarai Piala Malaysia 2021

Baddrol Bakhtiar Muncul Sebagai Penjaring Terbanyak Pemain Tempatan Liga Super 2021

Kisah Kehebatan JDT Bakal Disiarkan Di Saluran Discovery, Inc.

Isu Pertukaran Pemain: Empat Pegawai Perlawanan Digantung Tugas Selama Tiga Bulan

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar