Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mula menggunakan pengadil wanita dalam saingan Liga Malaysia mulai musim 2020 ini seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa 2 pegawai perlawanan itu terdiri dari seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil yang akan mengendalikan perlawanan CIMB Liga Super atau Liga Perdana.

“Buat pertama kalinya pada tahun ini dua pengadil, seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil wanita yang akan terbabit sama ada dalam Liga Super atau Liga Perdana.

“Ini salah satu usaha FAM untuk mengetengahkan pengadil wanita. Selain itu, kita ada 30 pengadil baharu yang akan diketengahkan untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana tahun ini.

“Ini juga salah satu usaha kita untuk meneruskan kesinambungan pengadil tempatan dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Walau bagaimanapun, Md Dali Wahid tidak dapat mendedahkan nama kedua-dua pegawai perlawanan yang terlibat dan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’

AFC MA Ranking: Filipina Sudah Potong Kedudukan Australia, Kini Berada Ditempat Ke-6 Asia Timur

Rekod ‘Goal-Ratio’ 96.2% Diogo Luis Santo Dalam Thai League Sukar Digugat, Dilabel Sebagai ‘Superhuman’

Sumber