Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam melahirkan kebimbangan terhadap keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dikhuatiri akan terjejas teruk berikutan penggunaan yang kerap pada bulan November depan.

Selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 yang berlangsung pada hari Sabtu ini, SNBJ turut akan digunakan untuk aksi persahabatan antarabangsa di antara skuad Harimau Malaya menentang Tajikistan (9 November ini), selain aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand (14 November) dan Indonesia (19 November).

Katanya dalam Stadium Astro, mereka perlu bersedia menghadapi keadaan cuaca yang dijangka hujan lebat sepanjang bulan November depan.

“Kerisauan bukan sahaja hanya tentang keadaan padang tetapi juga terhadap cuaca, baru-baru ini memang sentiasa hujan.

“Perbincangan dengan pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berjalan sejak dua bulan lalu dan kami yakin mereka sebagai rakan kepada FAM, akan bekerja keras untuk memastikan keadaan padang (baik),” katanya.

Jordan

FOTO: Stadium Astro

Sementara itu, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan keadaan padang di SNBJ akan berada di tahap terbaik untuk menganjurkan beberapa perlawanan yang penting.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud, menjelaskan permukaan padang di SNBJ memerlukan tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu untuk pulih selepas satu perlawanan.

“Kami sudah membuat pelan persediaan untuk memulihkan rumput. Apa yang boleh kami lakukan, kami akan buat. Apa yang paling mencabar, selepas bertemu Thailand (dalam pusingan kelayakan), hanya ada lima hari sebelum Malaysia bertemu Indonesia,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai Stadium Nasional Bukit Jalil yang mungkin anda terlepas pandang. 

Brendan Gan Bidas Rungutan Bert van Marwijk Berkenaan Isu Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online

TicketHotline Perkenalkan Ciri Pemilihan Zon Tempat Duduk Dan Zon Ultras Di Stadium Nasional Bukit Jalil

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group