Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini sedang memantau situasi terkini konflik peperangan yang melanda di Iraq melibatkan Iran dan Amerika Syarikat bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawai skuad kebangsaan terjamin.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Bahrain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Manama pada bulan Mac sebelum menentang UAE dalam aksi kumpulan G kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 26 Mac 2020.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, pihaknya akan berunding dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

“Kami tahu apa yang sedang berlaku, dan kami sedang memantau situasi itu. Kami mahu memastikan bahawa kami memahami setiap isu apabila ia datang kepada konflik serantau.

“Untuk perlawanan menentang Bahrain, adalah penting untuk mengetahui sama ada kami boleh bermain atau tidak. Buat masa sekarang, perancangan itu masih berjalan, tetapi kami akan memantau keadaan semasa di rantau itu.

“Kami pasti akan bercakap dengan kedutaan Malaysia disana untuk mengetahui sama ada selamat untuk bermain atau tidak,” katanya seperti dipetik dalam The Star.

78700712_2521049137991835_9109983925282799616_o
FOTO: FAM

Dalam peperangan itu, Iran telah melepaskan sekurang-kurangnya 12 roket ke pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera bersekutunya di Ain al-Asad dan Irbil, di Iraq.

Timbalan Setiausaha Pertahanan dan Hal Ehwal Awam Amerika Syarikat (AS), Jonathan Hoffman, dalam satu kenyataan berkata serangan itu menyasarkan dua markas yang menempatkan tentera AS dan pasukan bersekutu di Iraq.

Agensi berita Iran, Mehr pula melaporkan serangan itu dilakukan IRGC berikutan kematian komander tertinggi IRGC, Qasem Soleimani, dalam serangan dron AS Jumaat lalu. Malah, Iran turut memberi amaran akan menyerang Haifa (Israel) dan Dubai (UAE) jika AS membuat serangan balas daripada kem tentera mereka.

“Bagi kelayakan yang berlangsung di UAE, ia terpulang kepada AFC dan FIFA untuk membuat keputusan. FAM akan mematuhi apa yang dikatakan oleh kedua-dua badan induk itu.

“Kami percaya bahawa kerana pemeriksaan keselamatan akan dilakukan, dan kami juga merasakan bahawa mereka mempunyai cara untuk menguruskan risiko itu.

“Masih tiga bulan lagi dari perlawanan itu, jadi apa-apa sahaja boleh berlaku,” tambahnya.

Skuad Harimau Malaya berada di tangga kedua dalam kumpulan G dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand sekaligus menghidupkan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

Oleh sebab itu, FAM mahu mengaturkan perlawanan persahabatan dengan negara Asia Barat untuk memastikan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe lebih bersedia dari segi fizikal dan mental kerana baki 3 perlawanan yang akan datang pasti sukar dan menghadirkan tentangan sengit.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Juara Gulf Of Nations Cup, Bahrain Setuju Menentang Harimau Malaya Dalam Perlawanan Persahabatan

Yusoff Mahadi Mahu Skuad Harimau Malaya Takluk Asia Tenggara Pada Tahun 2020

Palestin Berminat Untuk Mengadakan Perlawanan Persahabatan Dengan Skuad Harimau Malaya

Sumber