Hari ini tular di media sosial mengenai video yang menunjukkan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan bahawa saingan Liga Super pada musim 2022 akan disertai oleh 16 pasukan berbanding 12 pasukan.

Ahmad Faizal berkata perubahan jumlah pasukan itu adalah untuk menyelamatkan pasukan Perak daripada terhumban ke Liga Perdana namun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada kuasa untuk mengubah peraturan liga domestik.

Beliau turut menyebut nama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan CEO baharu MFL iaitu Stuart Ramalingam.

Bagaimanapun, FAM dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan langsung secara rasmi atau tidak rasmi oleh badan induk itu, sama ada menerusi Presiden atau Setiausaha Agungnya dengan mana-mana pihak lain.

“FAM juga ingin memaklumkan bahawa segala keputusan atau ketetapan bagi jumlah pasukan yang beraksi pada saingan Liga Super dan Liga Premier serta penentuan jumlah pasukan yang turun dan naik bagi kedua-dua liga berkenaan adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa Malaysian Football League (MFL) dan ahli-ahli lembaga pengarahnya,” kata kenyataan daripada Stuart Ramalingam yang juga merupakan Setiausaha Agung FAM.

Isu tersebut turut mengundang perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan di media sosial dan ada juga diantara mereka setuju dengan penambahan pasukan dalam Liga Super untuk menjadikan saingan lebih kompetitif.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kalah Besar Berdepan UiTM, Kurniawan ‘Direhatkan’ Berkuatkuasa Serta-Merta

Rozaimi Abdul Rahman Kini Bukan Lagi Pemain Kedah

Kisah Anwar Ridhwan, Dari Pemain Bola Sepak Kepada Jurutera Kanan Syarikat Gergasi Minyak Negara

MFL: Naib Juara Liga Super Dan Juara TM Piala Malaysia Akan Terima Slot Ke Kejohanan AFC Cup 2022