Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam membayangkan beberapa pasukan bakal kehilangan hak untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana berdepan risiko penarikan lesen kelab kebangsaan.

Ia merupakan amaran terakhir kepada pasukan tersebut jika mereka gagal melangsaikan tunggakan gaji yang membabitkan pemain dan barisan jurulatih.

Nasib pasukan itu dijangka akan diketahui pada pertengahan bulan ini selepas pembentangan bajet kewangan dan pemeriksaan dokumen oleh Jawatankuasa Status FAM.

“Sebelum ini saya sudah ingatkan kepada pengurusan pasukan bahawa lesen kebangsaan dan AFC 2020 boleh ditarik balik jika mereka gagal mengemukakan dokumen kewangan yang kukuh untuk suku kedua.

“Oleh itu, mereka belum lagi selamat dan mungkin juga boleh dikenakan hukuman pemotongan mata atau sekatan pembelian pemain sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesalahan sama. FAM tidak lepas tangan namun perlu mencari penyelesaian terbaik dengan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya kepada Arena Metro.

ECP
Sumber Gambar: MFL

Bagaimanapun, FAM akan memberi peluang kepada pengurusan tersebut melangsaikan semua hutang dan tunggakan gaji secara ansur-ansuran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Bayangkan apabila pasukan bola sepak ditutup sudah pasti ia akan menjejaskan kira-kira 30 individu termasuk pemain dan barisan kejurulatihan sekali gus menimbulkan masalah lain.

“Ketika ini, FAM berusaha mencari penyelesaian terbaik dan sekurang-kurangnya hutang dibayar secara ansuran kerana kaedah itu lebih baik daripada pemain langsung tidak mendapat sebarang bayaran,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

6 Pasukan Liga Malaysia Yang Mengalami Kejatuhan Paling Teruk Sepanjang Satu Dekad

Khalid Samad Jamin Skuad Kuala Lumpur Tidak Akan Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Lambakan ‘Feeder Club’ Mudahkan Kerja Untuk Layak Ke Liga Super

Sumber