Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menilai terlebih dahulu kemampuan yang dimiliki oleh pemain kacukan negara, Jaami Qureshi sebelum menyenaraikan beliau dalam skuad B-19 tahun negara.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata langkah tersebut diambil kerana tiada jalan mudah bagi mana-mana pemain untuk tersenarai bagi mewakili negara.

Qureshi
Sumber Gambar: FAM

Meskipun begitu, Stuart tidak menolak sebarang kemungkinan Jaami akan disenaraikan dalam pasukan yang akan beraksi dalam saingan AFC B-19 Tahun di Uzbekistan.

“Dia akan diberikan peluang untuk menunjukkan bakatnya bersama pasukan kebangsaan sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“Saya pasti ketua jurulatih, Brad Maloney, sudah menerima video mengenai prestasi Jaami baru-baru ini.

Gandingan
Gandingan Luqman dan Jaami menjadi pilihan bagi mengetuai jentera serangan.

“Dan ia tepulang kepada Brad untuk menentukan kesediaan Jaami berdasarkan video itu atau mengadakan ujian di sini dalam masa terdekat,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Nama Jaami Qureshi tiada dalam senarai awal yang dikeluarkan oleh FAM bagi menyertai latihan pusat sebagai persediaan menghadapi saingan AFC B-19 Tahun pada Oktober nanti.

Ketika ini, FAM dikhabarkan sedang berbincang dengan kelab Jaami, Brighton and Hove Albion bagi memberi pelepasan kepada pemain itu menyertai pasukan negara untuk satu jangka masa yang lama.

Baca artikel lain mengenai Jaami Qureshi di sini:

Gandingan Luqman Hakim Dan Jaami Qureshi Barisi Jentera Serangan Skuad B-19 Tahun Negara

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM

Skuad B-19 Tahun Negara Buru Khidmat Jaami Qureshi