Tahun telah memasuki 2020 dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telahpun menetapkan sasaran dimana mereka mahu meneruskan agenda yang telah dirancang serta memperbaiki kerjasama bersama pemegang taruh Liga Malaysia.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu ucapkan di laman media sosial rasmi badan induk itu berkata bola sepak Malaysia telah melalui satu fasa pahit dan manis.

“Skuad Harimau Malaya berjaya melonjak naik ke 13 kedudukan iaitu dari tangga 167 pada kemas kini pertama 2019, Februari lalu ke 154 pada kemas kini terakhir 2019 namun bukan mudah untuk kekal konsisten yang penting kita perlu sentiasa baiki kelemahan diri, “kata Datuk Hamidin.

Pada masa yang sama, Datuk Hamidin menegaskan FAM mahu meneruskan program seperti piagam akar umbi yang dinamakan Piagam SupaRimau dan DNA Bola Sepak Malaysia atau Cara Malaysia.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Sudah tentu usaha ini tidak terhenti setakat ini dan pasti akan diteruskan lagi kerja keras untuk sepanjang tahun akan datang.

“Agenda berterusan lain ialah memastikan projek naturalisasi yang merupakan antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam melonjakkan standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program-program pembangunan yang sedia ada.

Akira Nishino
Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dicabar Tristan Do. Sumber Gambar: Changsuek

“Juga memperbaiki susun atur urus tadbir dan jalinan kerjasama dengan pemegang taruh lebih diperkukuhkan termasuk penambah baikan untuk memudahkan penyokong menonton perlawanan dengan lebih selesa.

“Semoga tahun 2020 memberi kejayaan lebih baik untuk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia khususnya,” kata Datuk Hamidin.

Baca artikel lain mengenai FAM di sini:

Ong Kim Swee Ditawarkan Jawatan Baharu Dalam FAM

FAM Mahu Tan Cheng Hoe Fokus Kepada Skuad Senior Bukan Malaysia B-22

PSM Tuntut Ganti Rugi Kepada FAM Untuk Kerosakan Yang Dilakukan Penyokong Indonesia