Menjelang perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan penyokong Malaysia menjual tiket kepada penyokong pasukan lawan.

FAM telah memperuntukkan tiket kepada penyokong Indonesia melalui pintu E sahaja manakala tiket bagi pintu A,B,C dan D diperuntukkan kepada penyokong Malaysia.

“FAM sekali lagi mengingatkan warga bola sepak Malaysia supaya tidak menjual tiket tempat duduk penyokong Malaysia iaitu Pintu A, B, C dan D kepada penyokong pasukan Indonesia untuk perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

“Ini kerana, penyokong Indonesia hanya dibenarkan membeli tiket yang telah diperuntukkan untuk penyokong pasukan pelawat iaitu di Pintu E.

“Justeru, penyokong Indonesia juga dinasihatkan supaya tidak membeli mana-mana tiket yang tertera Pintu A, B, C atau D yang merupakan tempat duduk penyokong Malaysia kerana penyokong Indonesia tidak akan dibenarkan masuk ke stadium menerusi pintu-pintu berkenaan,” kata FAM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

FAM
Penyokong Indonesia

Badan induk bola sepak negara itu tidak membenarkan penjualan tiket penyokong tuan rumah kepada penyokong pasukan lawan kerana faktor keselamatan kedua-dua penyokong.

Seperti yang sedia maklum, penyokong Malaysia yang bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September lalu mendapat layanan yang tidak sepatutnya daripada penyokong skuad Garuda.

Bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang, penyokong kedua-dua pasukan perlu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Tan Cheng Hoe Ambil Langkah Waspada Bertemu Indonesia

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia ‘SOLD-OUT’, Tiket Tidak Dijual Di Kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil

Bek Timnas Indonesia Siap Tampil Habis-habisan Lawan Malaysia