Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah berjumpa dengan Kementrian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan program pemain naturalisasi untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Delegasi FAM diketuai oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan kunjungan hormat bertemu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan salah satu kandungan peta hala tuju FAM, F:30 iaitu proses naturalisasi pemain asing dan juga pemain warisan.

Dalam pertemuan di Putrajaya itu, Hamidin menyerahkan dokumen F:30 kepada Muhyiddin serta kertas kerja projek bagi pengambilan pemain naturalisasi.

Datuk-Hamidin-Amin

Sumber Gambar: Kitajuara.my

“Kertas kerja projek naturalisasi itu mengandungi syarat dan status Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), polisi Kerajaan Persekutuan, kontrak dan yuran perpindahan, kes-kes contoh, maklum balas daripada pemegang taruh serta peraturan pertandingan tempatan.

“Projek naturalisasi ini bukan agenda utama FAM tetapi ia adalah antara usaha jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk melonjakkan standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program-program pembangunan sedia ada.

“Pada masa yang sama FAM membincangkan hala tuju dan perancangan strategik dalam sesi dua hala dengan Tan Sri,” kata Hamidin menurut laporan Berita Harian.

Liridon Krasniqi

Sumber Gambar: MUSA

Pemain tengah Melaka United, Liridon Krasniqi dikhabarkan semakin hampir untuk menjadi pemain naturaslisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh sekaligus membenarkan beliau untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Selain Liridon, dua lagi pemain iaitu Guilherme De Paula dan Lee Tuck turut menjadi pilihan utama FAM untuk dijadikan pemain naturalisasi.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group