Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa tiga pengadil dari Malaysia akan bertugas di Maldives bagi mengendalikan perlawanan-perlawanan liga utama negara itu, Dhiraagu Dhivehi Premier League (DDPL).

Liga tersebut akan berlangsung selama dua bulan dan disertai oleh 8 pasukan. Namun, tempoh mereka bertugas boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan berdasarkan persetujuan kedua-dua badan induk itu.

Mereka terdiri daripada Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah (pengadil FIFA), Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi (pengadil kebangsaan) dan Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman (ahli program Akademi Pengadil AFC) yang telah pun berlepas ke Maldives pada 12 Disember 2020 dan hanya akan pulang ke tanah air pada 15 Februari 2021.

“Ketiga-tiga pengadil ini telah menjalani ujian calitan pengesanan COVID-19 sebelum mereka berlepas ke Maldives dan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaik mereka pulang dari Maldives nanti.

“Undangan daripada Persatuan Bolasepak Maldives ini sebahagian usaha kerjasama FAM bersama persatuan bola sepak negara lain bagi memberi pengalaman antarabangsa kepada pengadil-pengadil tempatan terutamanya selepas pengurangan jumlah perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier serta pembatalan TM Piala Malaysia musim ini, selain sebagai persiapan menjelang musim baharu 2021,” kata kenyataan rasmi daripada FAM.

Antara kerjasama FAM dengan persatuan bola sepak negara lain bagi tugasan pengadil ini, termasuk menghantar pengadil kita bertugas ke Vietnam, Jepun, Bangladesh dan Timor-Leste di sepanjang tahun 2019.

Unit Pengadil FAM akan memantau prestasi ketiga-tiga pengadil ini sepanjang saingan liga di Maldives itu bagi memastikan kualiti kepengadilan mereka sentiasa pada tahap terbaik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan. 

TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium

Pemain Tengah Switzerland, Oliver Buff Dikaitkan Dengan Selangor

Norshahrul Idlan Talaha Akan Kembali Ke Liga Malaysia 2021 Bersama Pasukan Sarawak United

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group