Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan pihak sudahnya menghantar permohonan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk menukar pemain di poisis penjaga gol dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian saringan PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi, jumaat lepas.

Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, FAM mahu tukar Khairul Azhan dengan penjaga gol lain iaitu Sam Somerville dan Azri Ghani jika sudah pulih daripada kecederaan.

Berdasarkan undang-undang pertandingan AFF, tiada sebarang penambahan pemain dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran kecuali pertukaran pemain melibatkan posisi penjaga gol. Oleh itu, khidmat seorang lagi pemain yang positif COVID-19, Faisal Halim dikekalkan.

“Bukan tambah pemain tetapi kita minta untuk dapatkan penjaga gol sahaja. Sekarang kita cuma ada 2 penjaga gol yang boleh beraksi, jadi kita nak tiga. Untuk posisi penjaga gol, kita boleh mohon kebenaran menggantikan pemain sedia ada, itu memang mengikut lunas undang-undang pertandingan.

“Pemain lain tak boleh tukar, memang dalam undang-undang pertandingan FIFA atau AFC begitu. Contohnya, jika penjaga gol cedera, kita kena sahkan dengan surat doktor baru pertukaran dibenarkan,” kata Saifuddin kepada Bernama.

Harimau Malaya memulakan kempen Piala AFF dengan nota kemenangan selepas menewaskan Kemboja, 3-1 petang semalam. Mereka dijadualkan menentang Laos pada perlawanan kedua pada hari Khamis ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Ini Reaksi Tan Cheng Hoe Mengenai Isu De Paula ‘Koyak’ Dan Baling Botol Air Dibangku Simpanan

Tan Cheng Hoe: Junior Eldstal Keluar Awal Kerana Perubahan Taktikal