Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta semua pihak berkepentingan agar akur dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh FIFA, sebagai usaha menangani impak ekonomi gara-gara COVID-19.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam percaya garis panduan FIFA itu menjadi penunjuk jalan dalam melerai masalah sedia ada.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Untuk mana-mana pasukan yang mahu mengadakan perbincangan, mereka boleh berbuat demikian tanpa ragu-ragu memandangkan ia sudah termaktub dalam garis panduan FIFA.

“Kami menggesa semua pasukan agar memahami langkah-langkah yang digariskan oleh FIFA dalam memastikan keputusan yang diambil secara bersama dengan pemain dan pegawai dilakukan secara profesional dan telus,” katanya.

Stuart juga berharap agar tiada pihak untuk cuba menjadi wira dan menggesa agar semua pihak memberi kerjasama.

FAM
Stuart Ramalingam

“Kami harap tiada sesiapa yang cuba berlagak wira kerana detik ini menuntut semua pihak bekerjasama dan memikirkan gambaran yang lebih besar dari segi jangka masa panjang.

“Dalam keadaan yang sukar sebegini, niat FAM adalah untuk mengimbangi tuntutan di antara melindungi kepentingan semua pihak sambil melihat isu ini dari sudut jangka masa panjang,” tambahnya.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai garis panduan yang dikeluarkan oleh FIFA di sini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kpah Sherman Hantar Sumbangan 625kg Beras Untuk Bantu Komuniti Di Liberia Hadapi Kesusahan

Khairul Amri Bimbang Pemain Muda Singapura Tidak Dapat Tempat Dalam Liga Malaysia

Kehadiran Tiga Pemain Thailand Dalam Liga Super 2020 Memberi Petanda Baik