Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes, semalam mengadakan perbincangan dalam melanjutkan perjanjian FAM – PSM.

FAM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan PSM ini yang mana lanjutan perjanjian ini dilihat akan terus menaikkan lagi imej bola sepak negara. PSM membuktikan mereka sentiasa tampil ke hadapan dalam mengambil inisiatif membantu bola sepak di peringkat kebangsaan.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama dan lanjutan kepada perjanjian sedia ada ini akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Datuk Haji Hamidin bersama Fernandes turut berkongsi idea mengenai cara terbaik dalam memastikan kelangsungan bola sepak dalam situasi tidak menentu ini.
Hadir sama, Naib Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

FAM – PSM menandatangani perjanjian bersama pada Ogos tahun lalu. Menerusi perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 itu, Stadium Nasional kini menjadi gelanggang sendiri skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi, sekali gus diiktiraf sebagai ‘Rumah Harimau Malaya.’

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium

Team FAM-MSN: Yusri Che Lah Dilantik Ketua Jurulatih, 30 Pemain Perintis Beraksi Dalam Liga Premier 2021

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike

Sumber