Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pihaknya kini dalam proses akhir untuk mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden kekecohan penyokong ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Khamis lalu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan mereka mempunyai beberapa bukti kukuh termasuk rakaman video untuk dihantar FIFA pada hari esok.

“Kita dah kumpulkan segala maklumat dan bukti, InsyaAllah Selasa ini kita akan serahkan kepada FIFA dan salinan kepada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia).

“Pegawai perlawanan juga akan buat laporan kenapa aksi itu ditangguhkan dan penyokong masuk dalam (kawasan padang) dan kita biarkan FIFA putuskan semuanya.

“Kita kena ingat apa yang terjadi ini di luar daripada prosedur yang dibenarkan oleh FIFA. Pertama penyokong masuk dalam, nyanyian yang tak baik kepada penyokong kita atau pasukan kita, naik barracuda dan perlawanan ditangguhkan.

“Empat atau lima elemen ini dah memang salah dari segi peraturan. Apapun kita serahkan kepada FIFA. Kalau tanya pendapat saya, eloklah FIFA menggantung Bung Karno (stadium) ini,” katanya dalam Arena Metro.

70980122_2369051426524941_7990002749662035968_o

FOTO: FAM

Bagi mengelakkan insiden kekecohan penyokong berulang lagi, kemungkinan perlawanan kedua menentang Indonesia akan diadakan di gelanggang berkecuali.

“Kita boleh mohon (gelanggang berkecuali) tapi dalam organisasi bola sepak kita kena menghormati badan induk lain juga supaya kita tidak terlampau sentimen sangat pasal benda ini.

“Tapi ini mungkin jalan terakhir dan kita akan tunggu apa tindakan FIFA selanjutnya selepas ini. Kalau itu salah satu pilihan dan tak ada pilihan lain. Tapi apapun penganjurnya FIFA dan AFC yang berhak membuat keputusan,” katanya.

Penyokong Indonesia

Malaysia fans during Malaysia vs Indonesia match at the Gelora Bung Karno stadium in Jakarta on September 5, 2019. PHOTO BY HAZRIN MOHD ZAIDUN / ASIANA.MY

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Unit Perundangan FAM, Shahida Bashirah Hishamuddin telah bertemu dengan wakil-wakil dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di AFC House, Bukit Jalil untuk mendapatkan nasihat daripada AFC untuk membantu menyediakan pelan keselamatan yang komprehensif menjelang pertemuan kedua pada 19 November 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

AFC, yang diwakili oleh Ketua Keselamatan dan Sekuriti Stadium, Brian Johnson, Pengurus Keselamatan dan Sekuriti Stadia, Shahin Rahmani dan Pengurus Acara Bola Sepak Unit Pertandingan dan Bahagian Acara Bola Sepak, Deng Xiaolong mengesahkan bahawa laporan oleh Pegawai Komisioner Perlawanan FIFA dan Pegawai Keselamatan FIFA perlawanan tersebut telah dihantar ke FIFA untuk penilaian dan tindakan mereka.

Baca artikel lain mengenai kekecohan penyokong Indonesia di sini:

Polda Metro Jaya Tegaskan Tiada Sebarang Kekecohan Penyokong Berlaku Di GBK

Saksikan Bagaimana Penyokong Indonesia Membaling Air Kencing Ke Arah Penyokong Malaysia

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group