Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan bagi mengadakan sesi latihan untuk pasukan kebangsaan.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam dimana beliau berkata pihaknya sedang menguruskan beberapa perkara mengenai sesi latihan yang mungkin diadakan pada Januari ini.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Kita memang sebelum ini ada rancangan untuk adakan latihan selepas Piala Malaysia, tetapi dengan penangguhan liga dan Piala Malaysia (kemudiannya dibatalkan), semua itu dah tak boleh jadi.

“Tetapi kita sedang bincangkan satu kem latihan sebelum bulan Mac untuk memberi peluang jurulatih Cheng Hoe bersama pemain ini yang tidak berlatih setahun lebih,” katanya menurut laporan Harian Metro.

FAM
Sesi latihan rasmi skuad kebangsaan. FOTO: FAM

Stuart menambah pihaknya berjaya mencapai kata sepakat dengan pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) dimana skuad kendalian Tan Cheng Hoe turut diberikan kelonggaran pada pertengahan Mac nanti bagi menjalani latihan.

Pemain skuad kebangsaan tidak menjalani sebarang latihan pada tahun ini setelah negara dilanda pandemik COVID-19, yang turut merencatkan perjalanan Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Ini Reaksi ‘Ekor’ Harimau Malaya Terhadap Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Yang Baru Dilancarkan

Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya