Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memburu lebih ramai pemain kacukan yang beraksi di luar negara bagi diserapkan ke dalam skuad Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan pihaknya tidak pernah menutup peluang untuk pemain kacukan lain sekiranya berminat untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Baru-baru ini, Malaysia mendapat khidmat Dion Johan Cools yang merupakan pemain kacukan Malaysia-Belgium dan beraksi dalam saingan Liga Denmark bersama FC Midtjylland.

Pemain Kacukan
Sumber Gambar: FAM

“Kita sedia menerima pemain berkualiti untuk memberi peluang kepada barisan kejurulatihan memilih bagi membarisi skuad kebangsaan.

“Bila kita dapat itu (pemain kacukan), kita sama-sama berdoa dan harapkan pasukan ini berjaya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Dalam pasukan kebangsaan ketika ini, seramai tujuh pemain berstatus kacukan antaranya Sam Somerville, Junior Eldstal, La’vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Dominic Tan, Matthew Davies dan Dion Cools.

Selain itu, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe turut diperkuatkan tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Nguyen Van Toan: Pemain Naturalisasi Jadikan Malaysia Lebih Kuat

Club Brugge Ucap Tahniah Dion Cools Sertai Skuad Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe: Dion Cools Dapat Sesuaikan Diri Dengan Baik