Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan bahawa perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’.

Menurut kenyataan rasmi AFC itu, keputusan diambil setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 disamping memberikan prioriti kepada semua ahli yang terlibat.

AFC juga telah memaklumkan bahawa perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2023 itu akan diadakan pada 3 tarikh yang telah ditetapkan iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 nanti. Venue perlawanan pada ketika ini masih belum ditetapkan dan ia dibuka untuk bidaan mana-mana ahli (MA) yang terlibat.

Ini adalah peluang terbaik untuk Malaysia menjadi tuan rumah supaya skuad Harimau Malaya mempunyai kelebihan beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri termasuk Ultras Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Saifudddin Abu Bakar dalam satu kenyataan dalam Harian Metro mengesahkan pihaknya berminat untuk membida salah satu daripada 6 venue berpusat yang akan ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu.

“Memang hasrat kita kali ini kita nak bersaing untuk menjadi tuan rumah pada perlawanan itu (Kelayakan Piala Asia). Kita masih menunggu sehingga AFC membuka bidaan buat semua pasukan dan InsyaAllah kita akan cuba untuk dapatkannya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ultras Malaya antara penyokong setia Harimau Malaya.

Mana-mana negara yang berminat untuk menjadi hos kepada perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2023 ini perlu memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh AFC untuk membolehkan mereka dipertimbangkan pencalonan.

Namun begitu, FAM perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan sebelum menghantar bidaan rasmi kepada AFC.

“Kita akan memohon dulu (kepada KBS) sebelum kita buat pembidaan (dengan AFC) untuk mendapatkan kelulusan. Pandangan dan persetujuan KBS, KKM dan MKN adalah penting, dan kita akan berbincang nanti.

“Banyak keuntungan untuk negara kita dengan cara begini (penganjuran pertandingan antarabangsa), di mana sektor ekonomi pun akan berjalan baik dan juga merancakkan sektor pelancongan negara dengan kemasukan pasukan luar,” katanya.

Undian bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan dijangka akan berlangsung sekitar bulan Februari 2022 dan kedudukan pasukan dalam balang undian juga akan menggunakan kedudukan ranking FIFA yang terkini sebelum majlis undian diadakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Shebby Singh Cadang Harimau Malaya Pakai Formasi 3-4-3 Di Piala Suzuki AFF 2020

Peminat Gesa Tan Cheng Hoe Panggil Daniel Ting Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi

Beri Peluang Kepada Luqman Hakim Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Tawaran TMJ Uruskan Skuad Harimau Malaya Ditolak