FA Thailand menurut laporan media tempatan baru-baru ini sedang berkira-kira untuk tidak menyertai kejohanan Piala AFF pada hujung tahun ini kerana berdepan jadual padat yang ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19.

Perkara itu timbul selepas mereka melihat kembali jadual skuad kebangsaan yang mungkin terpaksa memilih samada memberikan fokus kepada saingan kelayakan Piala Dunia 2022 atau kejohanan dwi tahunan yang berlangsung dalam tempoh yang hampir sama.

Ia juga akan memberi masalah kepada pasukan untuk mendapatkan pemain terbaik kerana kejohanan Piala AFF tidak berada dalam tarikh kalendar antarabangsa FIFA yang menyebabkan kelab pemain-pemain mempunyai hak untuk tidak melepaskan pemain mereka.

“Menyertai kejohanan AFF Suzuki Cup adalah satu kebanggaan untuk negara-negara di ASEAN. Tetapi pihak AFF tidak menyatakan semua negara wajib menyertai kejohanan itu. Jadi, kami mungkin menolak untuk menyertainya untuk edisi 2020,” kata presiden FA Thailand kepada media tempatan Thailand.

Namun, timbul persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan samada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengambil langkah yang sama memandangkan Malaysia kini berada di kedudukan kedua kumpulan G dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan dalam Berita Harian pihaknya akan membuat keputusan selepas melihat jadual rasmi kelayakan Piala Dunia 2022 dan jadual Liga Malaysia yang disambungkan semula.

“Jadual Piala AFF tidak bertembung dengan jadual perlawanan dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Kalau FIFA bergerak (menganjak) jadual perlawanan kelayakan Piala Dunia, baru kita kena pertimbangkan.

“Tapi buat masa ini, mengikut kalendar yang ada sekarang, belum masa FAM buat keputusan sama ada tarik diri atau tidak. Mungkin Thailand buat keputusan itu memandangkan memerlukan tarikh berkenaan untuk liga mereka.

“Tapi untuk kami, mengikut perancangan liga akan habis pada November. Jadi kita kena tengok dulu dan akan tahu selepas COVID-19 berakhir,” katanya kepada BH Sukan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Media Thailand Lancarkan Propaganda Terhadap Tan Cheng Hoe, ‘Mind Game’ Untuk Malaysia Lebih ‘Lagha’

Belum Sempat Bertemu Malaysia, UAE Pecat Jurulatih Buat Kali Kedua

FAM Tidak Berminat Bida Hak Sebagai Tuan Rumah Piala Asia 2027