Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di antara skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Bahrain di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town, Bahrain yang dijadual pada 21 Mac 2020 terpaksa dibatalkan.

Ini disebabkan Kerajaan Bahrain pada Jumaat lalu (21 Februari 2020) telah mengetatkan perjalanan keluar dan masuk ke negara berkenaan membabitkan individu-individu dari negara yang berdekatan atau berhampiran dengan wabak COVID-19 termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Iran.

Menerusi surat yang diterima FAM daripada Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), hari ini, setiausaha agungnya, Ebrahim Saad Al Buainain memaklumkan bahawa pihaknya memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan penganjuran perlawanan berkenaan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

FAM menerima secara terbuka pembatalan aksi bertemu Bahrain ini dan akan melakukan pelan alternatif bagi penyediaan pasukan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE di Dubai pada 26 Mac 2020 dan menentang Vietnam di Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

Perkembangan terkini mengenai persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Skuad Harimau Malaya Berpeluang Kaut Hampir 40 Mata FIFA Ranking Jika Menang Semua Perlawanan Bulan Mac 2020

Brendan Gan Tidak Suka Dilabelkan Sebagai ‘Pemain Naturalisasi’

FIFA Ranking: Malaysia Kekal Dikedudukan 154 Dunia, Palestin Muncul Sebagai ‘Biggest Movers’

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group