Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali ke-15 bagi penggal 2017-2021 pada 7 Januari 2021 (Khamis) telah mencapai keputusan terhadap 12 kes yang membabitkan tunggakan gaji.

Menurut kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa iaitu Mohd Joehari Ayub, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada 11 bekas pemain dengan keseluruhan berjumlah RM187,778.92.

“Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Kelantan dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada (pemain) tertakluk kepada potongan wajib pendapatan,” katanya.

Antara pemain yang terlibat ialah Mohd Fauzi Roslan (RM63,628.18), Muhammad Zulfahmi Awang (RM50,000.00), Muhammad Afiq Azuan (RM32,141.99), Wan Mohammed Afiq (RM21,000.00), Mohamad Azzrie Aripin (RM4,075.00), Muhammad Syafiq Syahmi Husin (RM3,877.00), Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman (RM2,681.00),  Ahmad Fathi Irfan Azlan (RM3,279.00), Muhammad Fikri Hakim (RM1,289.50), Ahmad Hamzalah Zulkiflee (RM2,681.00) dan Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli (RM3,126.25).

Difahamkan tunggakan gaji tersebut telah berlaku ketika KAFA ditadbir dibawah pengurusan terdahulu.

138675196_382824966124079_5929364239793518581_o
Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM Kali Ke-15 Bagi Penggal 2017-2021

Sebelum ini, Kelantan FC dibawah pengurusan Norizam Tukiman sudah pun menyelesaikan tunggakan gaji pemain import terdahulu, Cassio Francisso sekali gus disahkan bebas daripada sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sebagai rekod, Kelantan FC sudah melunaskan tunggakan gaji Cassio dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM612,632.50 menerusi empat kali pembayaran.

Pembayaran pertama pada 9 September lalu membabitkan pembayaran sebanyak RM105,000 manakala kedua pada 13 September (RM189,000) dan terakhir pada 15 serta 17 Disember lalu membabitkan RM30,487.59 dan RM288,145.

Selain itu, mereka turut mengumumkan sudah melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import skuad The Red Warriors (TRW), Abou Bakr Al Mel.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC, Shairuz Sheffie berkata sebanyak RM969,283 sudah dibayar kepada bekas penyerang import dari Lubnan itu, menerusi dua kali pembayaran iaitu pada 15 Oktober dan 17 Disember lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Stadium MBPJ Jadi Gelanggang Rasmi Selangor FC Selama 3 Tahun

Nasib JDT Dalam Saingan AFC Champions League Diketahui Pertengahan Bulan Ini

CEO KDA FC Nafi Bakal Dapatkan Khidmat Mohamadou Sumareh