Baru-baru ini, peminat bola sepak tempatan mempertikaikan jaringan penyamaan Shukor Adan di minit akhir perlawanan Liga Super diantara UiTM FC menentang KL City kerana didapati menggunakan tangan untuk menolak masuk bola ke gawang gol.

Jaringan itu saling tidak tumpah seperti gol ‘Hand of God’ yang dilakukan Diego Maradona pada perlawanan Piala Dunia 1986.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram dalam satu kenyataan di Sinar Harian, mengakui tindakan pegawai perlawanan membenarkan gol itu adalah satu kesilapan dan mereka bakal dikenakan hukuman.

“FAM melalui Jawatankuasa Penilaian Pengadil mendapati pengadil perlawanan gagal mengesan kesalahan memainkan bola dengan menggunakan tangan oleh Shukor dan seterusnya mengesahkan jaringan tersebut.

“Suasana padat dalam kawasan penalti di samping dengan kehadiran penjaga gol Kuala Lumpur City FC, ditambah dengan kepantasan bola dan pada sekali imbas kelihatan seperti bola mengenai kepala pemain pertahanan UiTM FC menjadikan situasi ini agar sukar bagi seseorang pengadil melakukan keputusanm,” katanya.

Difahamkan pengadil perlawanan tersebut iaitu Mohd Shahrizan Mohamad Solihim berada pada posisi yang boleh dianggap terbaik untuk melihat insiden itu.

Namun, timbul persoalan apakah komisioner perlawanan mengiktiraf gol menggunakan tangan itu kerana mereka mempunyai sebab-sebab lain untuk membuat keputusan tersebut.

“Persatuan melalui unit pengadil sentiasa tekankan aspek posisi pengadil yang melibatkan jarak dan sudut pandangan, jangkaan fasa permainan dan ‘dropping zone’ bagi bola aerial, fokus dalam perlawanan terutama minit-minit terakhir serta kerjasama antara kesemua pegawai perlawanan agar dapat memberikan keputusan yang sewajarnya akan tindakan-tindakan pemain dalam perlawanan.

“Ternyata dalam situasi ini kesemua pegawai perlawanan kurang menitik beratkan aspirasi yang telah digariskan dalam memberikan satu keputusan yang tepat.

“Justeru, tindakan yang sewajarnya akan dikenakan kepada semua pegawai perlawanan yang bertugas pada perlawanan tersebut kerana kealpaan mereka dalam mengesan kesalahan memainkan bola dengan tangan sehingga mengubah keputusan perlawanan,” jelas Sivasundaram.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Hariss Harun Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

TERKINI: Rizal Ali Umum Peletakan Jawatan Sebagai CEO Perak FC

CEO Sri Pahang: Kiko Insa Tiada Kena-Mengena Dengan Perpindahan Manuel Hidalgo