Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2020 semalam telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal menempatkan diri dalam kelompok 2 pasukan terbaik kumpulan B untuk layak ke saingan separuh akhir, sekaligus terkeluar dari saingan Piala Suzuki AFF 2020.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan menerima tanggungjawab sepenuhnya kegagalan terhadap kegagalan tersebut. Sebelum kejohanan itu bermula, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu hanya sempat berkumpul selama 3 hari tanpa sebarang perlawanan persahabatan.

Malah, mereka hanya membawa 24 pemain dan berdepan pelbagai masalah di Singapura apabila 4 pemain didapati positif COVID-19 ditambah pula dengan kecederaan tonggak utama.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu kenyataan rasmi mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.

Pasukan kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe mencatat dua kemenangan – ke atas Laos dan Kemboja tetapi tewas kepada Vietnam dan Indonesia yang menafikan mereka tempat ke separuh akhir.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar, berkata laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Pemain Malaysia ‘Kaput’ Awal, Gagal Saingi Intensiti Dan Tempo Pasukan Indonesia Punca Utama ‘Barai’

Nasib Tan Cheng Hoe Bersama Harimau Malaya Cetus Tanda Tanya

Malaysia Bawa Pulang -0.34 Mata FIFA Ranking Dari Kejohanan Piala AFF 2020 Di Singapura

Tan Cheng Hoe Dedahkan Punca Mengapa Dion Cools Diarahkan Bermain Dibahagian Atas

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group