Walaupun tarikh perlawanan Malaysia bertemu Indonesia adalah kira-kira 2 bulan dari sekarang, kehangatan perlawanan itu sudah mula diperkatakan apatah lagi perlawanan seterusnya akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, PSSI telah memperuntukan kira-kira 3,000 keping tiket untuk penyokong Malaysia dan hanya hampir 400 keping tiket sahaja terjual.

Bagi perlawanan di Stadium Nasiona Bukit Jalil pada 19 November 2019 nanti, kami sempat untuk menemubual Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara itu.

“Dalam regulasi pertandingan kelayakan Piala Dunia, adalah persetujuan diantara kedua-dua persatuan. Jadi, perbincangan dengan PSSI akan diadakan untuk away fans mereka di Bukit Jalil nanti.

Wujud khabar angin mengatakan bahawa pihak Indonesia mahu meminta peruntukan tiket bagi penyokong mereka sekitar 10,000 keping namun masih tiada kesahihan samada itu adalah permintaan rasmi dari PSSI atau tidak.

Berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh Setiausaha Agung FAM juga, mereka akan mempertingkatkan persediaan menjelang perlawanan itu nanti serta dalam masa yang sama menanti keputusan dari pihak FIFA/AFC mengenai maklum balas isu perlawanan di Jakarta tempoh hari.

“Kita tidak mahu apa apa perkara terjadi kerana ia akan apa sahaja yang berlaku nanti akan menjadi isu dibawah tanggungjawab FAM”, jelas Stuart Ramalingam lagi.

Malaysia akan bertandang ke Hanoi bertemu Vietnam pada 10 Oktober 2019, sebelum dijangka berlepas ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan pada 15 Oktober 2019.

Artikel padu yang lain mengenai pasukan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Syafiq Ahmad: Fasiliti JDT Bantu Kembali Dari Kecederaan, Beri Sumbangan Berharga Untuk Pasukan Kebangsaan

Kedudukan FIFA Ranking Malaysia Dijangka Akan Naik Ke Tempat 158 Dunia

Brendan Gan Bidas Rungutan Bert van Marwijk Berkenaan Isu Padang Stadium Nasional Bukit Jalil