Sempena perlawanan timbal balik Pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu pasukan Timor-Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan tawaran promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ bagi tiket kedua-dua perlawanan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi satu pengumuman di laman web rasmi badan induk bola sepak negara itu pada hari ini. Menurut Stuart, tawaran ini merupakan hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri untuk para peminat setia skuad kebangsaan.

Stuart Ramalingam
Sumber Gambar: mStar

“Harga tiket yang ditetapkan bagi setiap perlawanan di atas ialah RM30 bagi tempat duduk terbuka, RM50 bagi tempat duduk grandstand dan RM5 bagi tiket kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.

“Bagaimanapun, dengan tawaran promosi ini, para penyokong akan memperolehi dua tiket pada satu harga apabila mereka hadir ke stadium bagi menonton perlawanan pada 7 Jun dan/atau pada 11 Jun itu nanti bagi semua kategori tiket,” kata Stuart.

Skuad Kebangsaan
Sumber Gambar: FAM

Tambah Stuart lagi, Pembelian tiket secara online di www.tickethotline.com.my akan bermula pada hari 28 Mei 2019 manakala pembelian di kaunter tiket stadium adalah pada hari perlawanan iaitu pada 7 dan 11 Jun.

Bagi memastikan kelancaran kemasukan penyokong ke stadium, FAM telah memperkenalkan penggunaan Kod QR pada perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan, tahun ini akan diteruskan.