Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketika kita disajika dengan keterujaan menyaksikan saingan Liga Malaysia, tidak dinafikan terdapat beberapa masalah yang berulang setiap musim sekaligus menyukarkan liga untuk melangkah ke tahap yang lebih baik.

Antara masalah yang sering berlaku ialah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan dan perkara ini sekaligus memberi tanggapan yang kurang baik mengenai saingan Liga Malaysia.

Imej yang kurang baik maka sukar untuk mana-mana penaja yang mahu terlibat dengan pasukan dan ada beberapa faktor lain mengapa syarikat besar kurang berminat untuk menjadi penaja pasukan.

Menurut perkongsian bekas Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Encik Ayani Ismail, ada empat faktor mengapa syarikat besar kurang berminat untuk menjadi penaja pasukan Liga Malaysia.

Faktor yang pertama ialah imej liga yang amat negatif serta banyak publisiti mengenai isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Isu tunggakan gaji merupakan masalah utama yang dihadapi dan sehingga saat ini, permasalahan ini masih belum menemui jalan keluar.

Faktor kedua ialah paparan digital A-Board yang kurang jelas dan sukar untuk dilihat dalam siaran langsung perlawanan liga. Penaja melabur ratusan ribu malah jutaan ringgit bagi tujuan pendedahan dan branding namun perkara itu tidak mendapat perhatian oleh ramai pihak terutamanya penonton.

Syarikat

Contoh Digital A-Board

Seterusnya, laporan yang dihantar oleh pasukan mengenai hasil yang diperoleh oleh penaja pada penghujung musim. Encik Ayani menasihatkan mana-mana pasukan yang belum atau tidak menghantar laporan agar segera berbuat demikian.

Dalam laporan tersebut, kandungannya bukan sahaja mengenai prestasi pasukan sepanjang musim tetapi hasil yang diterima oleh penaja dalam satu musim saingan bola sepak berlangsung.

Faktor terakhir ialah kebanyakan pasukan yang hanya berminat melabur ke atas pemain dan bukannya pihak profesional yang mampu untuk menaikkan nilai pasukan.

Dalam erti kata yang lain, pasukan lebih gemar untuk mendapatkan hasil yang segera berbanding hasil jangka panjang yang lebih menguntungkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Tomas Trucha: Peluang Penang Untuk Jadi Naib Juara Liga Super 50-50

Ultras Tranung Beri Amaran Kepada Seorang Ejen, “Jangan Biarkan Parasit Dekati Pasukan”

Perak Sasar Juara Liga Premier Musim Depan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group