Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejohanan TM Piala Malaysia 2020 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Perkara ini nyata mendapat tentangan dari pelbagai pihak dimana ramai berpendapat saingan Piala Malaysia musim ini wajar diteruskan.

Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj memberikan pandangan beliau menerusi laman media sosial miliknya mengenai faktor utama mengapa saingan musim ini harus diteruskan.

1. Pertandingan boleh dijalankan di negeri bukan PKPB

2. Pasukan perlu membayar gaji pemain serta pegawai dan tiada kluster bola sepak setakat ini

3. Liga utama Asia masih dijalankan walaupun turut mengalami kes aktif COVID-19

4. Kehadiran di stadium hanya libatkan pihak yang terlibat dan penonton tidak dibenarkan masuk

Christopher turut menambah beliau yakin pasukan sentiasa patuh dan mengamalkan SOP yang disediakan dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Malaysia di sini:

TERKINI: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Umumkan TM Piala Malaysia Ditangguhkan Ke Tarikh Lain

TM Piala Malaysia 2020 Perlu Tangguh Atau Batal Sebenarnya? Slot AFC Cup 2021 Milik Terengganu?

Dickson Nwakaeme Mahu Kekal Di Liga Malaysia, Cari Pasukan Punyai Fasiliti Lengkap