Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perak FC dan ketua jurulatih pasukan, Mehmet Durakovic telah bersetuju untuk menamatkan kontrak sekaligus tidak akan bersama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Ramai pihak khususnya peminat Perak tertanya-tanya mengapa jurulatih yang sudah menghadiahkan Piala Malaysia buat mereka itu memutuskan untuk meninggalkan pasukan berbaki dua minggu sebelum saingan Liga Super musim 2021 bermula.

Berdasarkan perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, hal keluarga merupakan sebab utama mengapa jurulatih dari Australia itu menamatkan kontrak bersama skuad The Boss Gaurus.

Tambah Avineshwaran, perbincangan antara Mehmet bersama pengurusan pasukan mengenai penamatan kontrak beliau sudah berlangsung selama seminggu dan pengendali berusia 55 tahun itu lega perbincangan berjalan dengan lancar.

Pemergian Mehmet Durakovic dari pasukan nyata sukar diterima oleh peminat dan juga bekas pemain kelab dimana rata-rata dari mereka memberikan penghargaan kepada Mehmet di atas kejayaan serta usaha yang telah diberikan kepada kelab.

Antara bekas pemain Perak yang memberikan penghargaan kepada Mehmet ialah Brendan Gan yang kini beraksi bersama Selangor.

Menurut Brendan, Mehmet bukan sahaja jurulatih malah beliau turut menjadi idola serta pemimpin kepada para pemain di bawah kendaliannya.

Chong Yee Fatt dilantik sebagai pengganti bagi menghadapi saingan musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Mehmet Durakovic Tinggalkan Perak, Chong Yee Fatt Dilantik Sebagai Pengganti

Liga M3: Bakat Muda Orang Asli Curi Tumpuan Dalam Sesi Pemilihan Pemain MNY FC

Thai League Paling Bernilai Di Asean, Liga Super Duduki Tangga Keempat

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group