Terdapat pertukaran nombor jersi dalam skuad KV Kortrijk apabila pemain baharu pasukan, Teddy Chevalier diberikan jersi nombor 9 bagi menghadapi baki saingan Jupiler Pro League musim ini.

Perkara ini lantas mencetus perdebatan di kalangan peminat khususnya rakyat Malaysia apabila sebelum ini, penyerang muda negara, Luqman Hakim memakai nombor tersebut.

Nombor 9
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifli kemudiannya berkongsi sebab utama mengapa jersi nombor 9 diberikan kepada pemain kelahiran Perancis itu.

Menurutnya, pengurusan tidak terlibat dalam perkara terbabit melainkan hanya mahu memberi penghormatan kepada Teddy yang dianggap pemain legenda pasukan dan Luqman diberikan nombor baharu iaitu 99.

Chevalier merupakan salah satu penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Kortrijk dimana beliau telah menjaringkan 52 gol sepanjang empat musim beraksi bersama pasukan itu.

Penjelasan ini sekaligus menutup spekulasi yang berlegar di laman media sosial dimana Luqman dikhabarkan bakal pulang ke Malaysia setelah kehilangan jersi nombor 9 itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Mahu Capai Tahap Tertinggi Di Tahun 2021

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk

Proses Pemulihan Luqman Hakim Berjalan Lancar