Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016, Leicester City dikhabarkan berminat untuk merekrut pemain skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin.

Menurut laporan media tempatan, Leicester City yang dimiliki oleh syarikat gergasi Thailand, King Power International Group pernah mengadakan perbincangan untuk membawa pemain itu ke Stadium King Power.

Leicester City
Chanathip Songkrasin. Sumber Gambar: Getty Images

Akan tetapi, Chanathip dilihat sukar untuk beraksi bersama kelab yang dibimbing oleh Brendan Rogers itu kerana beberapa faktor, antaranya kedudukan Thailand dalam ranking FIFA.

Untuk seseorang pemain beraksi di EPL, ranking negara yang diwakili oleh pemain tersebut harus berada di top 50. Thailand ketika ini berada di luar top 100 sekaligus menyukarkan peluang Chanathip beraksi di England.

Selain itu, Chanathip tidak mempunyai pengalaman beraksi di rantau Eropah dimana beliau hanya beraksi di Jepun bersama Consadole Sapporo sejak meninggalkan Thailand pada 2017 lalu.

Leicester City
Sumber Gambar: GiveMeSport

Sebelum ini, Thailand pernah mempunyai waikil di Liga Perdana Inggeris dimana Manchester City yang ketika itu dimiliki oleh Thaksin Shinawatra membawa masuk Teerasil Dangda, Kiatprawut Saiwaeo dan Suree Sukha.

Akan tetapi, ketiga-tiga pemain ini gagal untuk menjadi pemain utama sekaligus hanya menjadi pelengkap dalam pasukan.

Baca artikel lain mengenai pemain skuad kebangsaan Thailand di sini:

Chanathip Tegaskan Mahu Raih Kejuaraan Di Jepun Sebelum Beraksi Di Eropah

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda

Teerasil Dangda Bakal Terlepas Peluang Pecahkan Rekod Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki