Walaupun pasukan Peru sah tersingkir dari kejohanan Piala Dunia 2018 ini, mereka tidak menunjukkan petanda sudah berputus asa ketika bertemu Australia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Skuad La Blanquirroja menundukkan wakil dari Asia itu 2-0 hasil jaringan André Carillo dan juga Paolo Guerrero masing-masing pada minit ke 18 dan 50 perlawanan yang berlangsung di Fisht Stadium.

Kemenangan Pertama Peru Sejak Piala Dunia 1978 Di Argentina – 40 Tahun.

Gol pertama jaringan Andre Carillo itu telah membolehkan Peru mengulangi rekod pada 1978 ketika mereka membuka jaringan dalam perlawanan.

Dalam edisi yang berlangsung di Argentina itu, kemenangan Peru 4-1 keatas Iran  merupakan kemenangan kali terakhir yang dicatatkan oleh La Blanquirroja sebelum menewaskan Australia dalam edisi 2018 ini.

Pemain Amerika Selatan Ke 3 Paling Tua Menjaringkan Gol

Jaringan ke 2 Peru keatas Australia oleh kapten pasukan, Paolo Guerrero, membolehkan beliau muncul sebagai pemain ke 3 paling tua dari Amerika Selatan menjaringkan gol di kancah Piala Dunia.

Paolo Guerrero yang berusia 34 tahun 176 hari berada dibelakang Obdulio Jacinto Varela dari Uruguay (36 tahun 279 hari) dan Martin Palermo dari Argentina (36 thun 227 hari).

 

Pemain No.9 Peru Pertama Menjaringkan Gol Di Piala Dunia

Menurut kemaskini laman sosial Twitter rasmi Squawka Football, Paolo Guerrero yang memakai jersi no.9 Peru merupakan pemain pertama Peru yang memakai nombor jersi tersebut menjaringkan gol di Piala Dunia.

 

Jarak Kemenangan Ke 4 Paling Lama Dalam Sejarah Piala Dunia

Kali terakhir Peru mencatatkan kemenangan dipentas Piala Dunia adalah kira-kira 40 tahun 15 hari yang lalu ketika menewaskan Iran 4-1.

Jarak antara kemenangan terakhir mereka dengan kemenangan keatas Australia hari ini adalah yang ke 4 paling lama dalam sejarah Piala Dunia.

Menutup kempen mereka dalam Piala Dunia 2018 di Russia ini, Peru berjaya mencatatkan 1 kemenangan, dan 2 kalah, mengumpulkan 3 mata seterusnya menamatkan saingan kumpulan C dikedudukan ke 3.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group