Menurut kemaskini terbaru laman sosial pasukan Kelantan FA, ketua jurulatih mereka Fajer Ebrahim telah memberitahu bahawa beliau tidak mahu mana-mana pemain mereka yang terlibat dalam kes politik akan dibuang dari pasukan.

“Saya berharap tiada unsur politik didalam pasukan. Jika didapti mempunyai unsur-unsur politik pemian akan dikeluarkan dari pasukan.”

“Untuk pemain yang menghadapi kecederaan jangkamasa panjang aka dikeluarkan serta merta dari pasukan. Tiada tempat untuk mereka dalam pasukan.”

Fajer juga memberitahu bahawa bagi pemain-pemain yang mengambil sikap sambi lewa, tidak serius, beliau tidak akan menyenaraikan mereka dalam senarai pemain dalam perlawanan.

Mengalu-alukan Pemain Tempatan & Pemain Import

Menurut Fajer Ebrahim lagi, beliau membuka pintu kepada pemain-pemain tempatan dan juga pemain import untuk menyertai pasukan Kelantan Fa pada perpindahan kedua bulan Mei nanti.

Selain itu, beliau juga mahu memebrikan peluang lebih besar kepada pemain-pemain muda untuk beraksi bersama pasukan kerana yakin mereka ini sudah mampu untuk bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasukan bersama pemain-pemain lebih senior.

Janjikan Permainan Lebih Menarik Untuk Penyokong Kelantan

Beliau menghormati penyokong-penyokong Kelantan kerana tahu mereka ini cukup fanatik kepada pasukan kesayangan mereka dan berjanji permainan yang lebih menarik dimasa depan.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk menggembirakan penyokong dikemudian hari, bukan semata-mata untuk diri saya sendiri dan yang paling penting untuk Presiden KAFA Hajjah Bibi Ramjani Ilias Khan.”

Beliau juga meminta para penyokong untuk terus memberikan sokongan padu untuk berdiri lebih teguh dibelakangnya sepanjang bersama pasukan.

Terima Kasih Kepada Presiden KAFA Kerana Memberi Peluang

Dalam kenyataan itu juga, Fajer Ebrahim menjelaskan beliau melihat Presiden KAFA ‘berjalan seorang diri” tanpa mendapat bantuan daripada ahli-ahli exco yang lain.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden KAFA, kerana memberi peluang dan sokongan kepada saya untuk menjalankan tugas bersama Kelantan FA.”

“Presiden sangat patuh dan menghormati segala cadangan yang saya berikan. Beliau telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi.”

Sumber