Kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kini kosong selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa pada hari ini.

Menurut kenyataannya dalam Bernama, keputusan itu dibuat untuk memberi laluan kepada muka baharu memimpin PAFA dan mendapatkan tajaan daripada syarikat kerajaan serta swasta demi mengatasi masalah kewangan.

“Penting bagi para pemain dan pegawai untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak kerajaan negeri serta GLC untuk mereka meneruskan kehidupan dan menyara keluarga.

“Bayaran gaji para pemain serta pegawai telah tertunggak sejak pertengahan November 2020 hingga kini yang melibatkan kos hampir RM2 juta setiap bulan,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakannya untuk letak jawatan lebih awal adalah demi kebaikan pasukan dan bimbang para pemain akan berhijrah ke pasukan lain sekiranya tidak dibayar gaji.

“Tetapi saya membuat keputusan untuk lepas jawatan secepat mungkin kerana khuatir para pemain akan berhijrah ke pasukan lain sekiranya pembayaran gaji tidak dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Selain Faizal, Timbalan Presiden PAFA yang juga pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah turut mengumumkan peletakan jawatan. Bagaimanapun segala proses penswastaan pasukan Perak FC sudah berjaya diselesaikan. 

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ifedayo Olesegun Mungkin Isi Kuota Pemain Import Asia

Semua Pasukan Liga Malaysia Tidak Dibenarkan Menjalani Latihan Sepanjang PKP

Penyerang Arema FC Kini Hangat Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Sri Pahang FC