Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri mengucapkan tahniah kepada pemain sayap Korea Selatan dan Tottenham Hotspur, Son Heung-min di atas kejayaan memenangi anugerah tersebut tahun ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Tottenham menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Faiz turut mengucapkan selamat datang kepada Son kerana pemain itu kini berada dalam senarai elit.

“Hai Son. Saya mengucapkan tahniah kerana memenangi Anugerah Puskas 2020. Welcome to the club!,” kata Faiz Subri.

Jaringan Son ketika berdepan West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya mengetepikan cabaran daripada pemain Flamengo, Giorgian De Arrascaeta dan pemain penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez bagi memenangi anugerah tahun ini.

Manakala bagi Faiz pula, beliau mengetepikan cabaran dari pemain Corinthians, Marlone dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodríguez pada 2016 lalu.

Pada masa yang sama, Faiz mendapat tawaran untuk menjadi jurulatih teknikal teqball Hungary pada tahun depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

2 Pengadil Malaysia Bertugas Dalam Perlawanan Akhir AFC Champions League 2020 Malam Ini

Johor Darul Ta’zim Dapatkan Khidmat Isaac Angking Hadapi Musim 2021

Endrick Dos Santos Dan Gonzalo Cabrera Bakal Dapat Kerakyatan Malaysia