Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan menamatkan karier bola sepak profesional beliau bersama skuad Harimau Kumbang.

Dalam satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Faiz menegaskan selagi khidmatnya diperlukan, beliau akan terus menabur bakti bersama Penang.

“Insya-Allah, selagi khidmat saya diperlukan, saya akan bermain dan mungkin akan bersara bersama Penang FC,” katanya.

Faiz Subri meninggalkan Penang pada 2019 selepas empat musim beraksi bersama pasukan itu dan sejak itu beliau tidak beraksi bersama mana-mana pasukan selama tiga tahun kebelakangan ini.

Pemain berusia 33 tahun itu menganggap penghijrahannya ke Penang bagaikan mati hidup semula selepas lama tidak beraksi secara kompetitif.

Sebelum menyertai Penang, kelab Liga Premier, TRW Kelantan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Faiz namun tiada perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

Penang dibawah kendalian Tomas Trucha menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, dua mata dibelakang Kedah Darul Aman (KDA) dan tiga mata dihadapan Terengganu yang menduduki tangga keempat.

Penang yang berada dalam Kumpulan A saingan Piala Malaysia berada di tangga ketiga selepas meraih satu mata manakala Sarawak United di tangga teratas dengan dua kemenangan diikuti Kuala Lumpur City dan Sri Pahang FC di kedudukan tercorot.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

FAM Tegaskan Tiada Campur Tangan Dalam Pemilihan Pemain Naturalisasi

Luqman Hakim: “Sebagai Striker, Mesti Orang Target Punya. Saya Kena Bijak Dan Jangan Ambil Mudah.”

Faiz Subri Kembali Beraksi Di Saingan Liga Super Musim Hadapan