Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri kembali ke kancah saingan Liga Super musim hadapan apabila beliau beraksi bersama bekas pasukannya.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Faiz sah menandatangani kontrak bersama Penang dimana sebelum ini Faiz pernah beraksi bersama pasukan itu dari 2015 hingga 2019.

Nama Faiz Subri menjadi perbincangan peminat bola sepak tanah air selepas menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Pahang pada 16 Februari 2016 di Stadium Bandaraya.

Sepakan percuma tersebut dilabel sebagai sepakan yang menentang hukum fizik dimana arah lencongan bola berubah pada saat akhir sekaligus mengelirukan penjaga gol Pahang ketika itu, Nasril Nourdin.

Jaringan bekas pemain Kelantan dan T-Team itu kemudiannya dihantar ke FIFA dan kemudiannya jaringan tersebut diangkat sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016.

Sebelum ini, TRW Kelantan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Faiz namun tiada perkembangan lanjut mengenai perkara ini.

Penang dibawah kendalian Tomas Trucha menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, dua mata dibelakang Kedah Darul Aman (KDA) dan tiga mata dihadapan Terengganu yang menduduki tangga keempat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

CEO MFL:”Kemenangan Automatik Dengan Jaringan 3-0 Untuk Pasukan Lawan Bermula Aksi Ke-3 TM Piala Malaysia 2021.”

Trucha: Kecederaan Dua Tonggak Utama Penang Masih Belum Pulih

B.Satiananthan Persoal Sumbangan NFDP Kepada Pembangunan Bola Sepak Negara