Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan 8 pemain yang dilepaskan setelah kontrak mereka tidak disambung untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Antara pemain yang sah tidak akan menyarung jersi skuad gergasi merah itu ialah dua tonggak import iaitu Michal Nguyen dan Endrick Dos Santos.

Nguyen yang ditandangani pada disember musim lalu berjaya mencatat 29 penampilan kurang satu penampilan daripada Taylor Regan yang membuat penampilan terbanyak musim ini manakala Dos Santos mengumpulkan 5 gol dan 3 bantuan gol.

Lebih mengejutkan lagi, Selangor turut melepaskan Faiz Nasir bersama Nurridzuan Abu Hassan, Latiff Suhaimi, Fandi Othman, Azreen Zulkafali serta Nurhakim Isa.

“Sekali lagi FA Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa yang telah dicurahkan oleh pemain-pemain di atas untuk skuad Red Giants.

“Meskipun tidak lagi menyarung jersi Selangor selepas ini, namun nama anda akan kekal dalam sejarah bola sepak Selangor sampai bila-bila,” kata kenyataan rasmi daripada FAS.

Selangor setakat ini telah mengekalkan khidmat tiga pemain import iaitu Sandro Da Silva, Rufino Segovia dan Taylor Regan. Musim depan, B. Satiananthan akan terus membimbing pasukan itu untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Selangor yang mungkin anda terlepas pandang.

Selangor Destinasi Baharu Brendan Gan?

Pencalonan Hasil Kesabaran Bimbing Pasukan Selangor

Apa Kabar Elie Aiboy? Eks Winger Lincah Selangor FA Asal Indonesia