Pemain sayap pasukan Selangor, Faisal Halim menafikan tuduhan yang mengatakan beliau menerima gaji sebanyak RM80,000 sebulan bersama kelabnya.

Faisal menafikan dakwaan tersebut menerusi laman media sosial Facebook miliknya dimana ada salah seorang pengguna yang mengatakan pemain yang mesra disapa Mickey itu menerima gaji tinggi bersama Selangor.

Tuduhan ini muncul selepas Arif Aiman menerima gaji baharu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana pemain itu menerima gaji sebanyak RM20,000 berbanding RM12,000 sebelum ini.

Faisal Halim merupakan salah seorang pemain sayap terbaik dalam negara ketika ini dimana beliau menjadi sandaran utama Selangor dalam saingan Liga Malaysia dan juga pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Masuk akal sekiranya Mickey menerima gaji yang tinggi setiap bulan kerana kualiti yang dimiliki serta beliau tidak pernah gagal untuk menampilkan prestasi terbaik setiap minggu bersama Selangor.

Rata-rata peminat bola sepak tanah air menganggap gaji baharu Arif Aiman bersama JDT adalah rendah memandangkan prestasi yang beliau tampilkan setakat ini selain kualiti yang dimiliki oleh pemain itu.

Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pernah menjelaskan kepada media yang mana gaji Arif pada musim 2021 adalah RM11,000 – kurang seribu musim lalu.

Setakat lapan perlawanan dalam saingan Liga Super, Arif telah menjaringkan lima gol dan menyumbang lima bantuan gol.

Bagi Faisal pula, beliau setakat ini menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Super dan menyumbang empat bantuan gol.