Berita mengejutkan hadir dari kem skuad kebangsaan Malaysia apabila 2 orang pemain dilaporkan positif  COVID19 selepas ujian dijalankan dan kini sedang menjalani kuarantin di hotel penginapan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan siapakah 2 pemain yang positif COVID19 itu tetapi berdasarkan pemerhatian, berkemungkinan besar Faisal Halim dan penjaga gol Khairulazhan Khalid kerana tiada kelibat mereka dalam sesi latihan.

Ketiadaan 2 pemain itu sebenarnya telah mencetuskan tanda tanya kepada penyokong-penyokong Malaysia lebih awal kerana kedua-dua pemain itu tiada dalam gambar dibawah.

Ramai yang mula gelisah apabila terutamanya dengan ketiadaan Faisal Halim dan mungkin akan menjejaskan persiapan skuad negara berdepan Kemboja petang esok.

Berita mengenai 2 pemain Malaysia dan 1 pemain Myanmar yang dijangkiti virus berkenaan telah tular apabila sebuah laman sosial Asean Football mendedahkan mengenai perkara itu sebentar tadi.

Berdasarkan perkongsian itu, semua rakan sepasukan di kem Malaysia dan Myanmar yang lain telah melalui ujian semula dan semua keputusan adalah negatif.

Kemaskini 7:30 malam 5 Disember 2021

Ciapan dari wartawan TheStar, T.Avineshwaran mengenai isu ini selepas mendapat pengesahan pengurus pasukan negara Datuk Yusoff Mahadi menjawab segala persoalan yang berbangkit.

Mereka akan menjalani kuarantin maksimum 10 hari dan ujian akan dilakukan setiap hari.

Semoga kedua-dua pemain, Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid akan cepat sembuh sepenuhnya untuk aksi bertemu Vietnam nanti.

Nota: Dengan ketiadaan 2 pemain ini, skuad Malaysia hanya mempunyai 21 orang pemain untuk berdepan Kemboja esok dimana seorang lagi pemain iaitu Dion Cools masih belum dapat menyertai pasukan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Jurulatih Vietnam Dedahkan Pemain ‘Naik Muak’ Makan Ayam Dan Ikan, Mahu Daging Babi Dalam Menu Harian

28 Jam Menjelang Sepak Mula, Myanmar Hanya Ada 13 Pemain Termasuk 4 Penjaga Gol Berdepan Singapura.

Disebabkan 1 Kesilapan ‘Bodoh’ VFF, Pemain Tengah Vietnam Ini Dihalau Keluar Dari Singapura Serta-Merta