Pemain sayap skuad B-22 tahun negara, Faisal Halim sah menyertai Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Terengganu menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Faisal bakal menyarung jersi bernombor 7, jersi yang ditinggalkan oleh bekas ketua pasukan, Lee Tuck.

Setelah beraksi selama 5 musim bersama pasukan Pahang sejak 2015, pemain berusia 22 tahun itu memutuskan untuk mencari haluan baharu bagi menghadapi saingan musim 2021.

Faisal Halim menyatakan perpindahan beliau ke Terengganu ini merupakan satu langkah bagi memastikan kariernya terus berkembang.

Pemain berasal dari Pulau Pinang ini turut melihat persaingan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama akan menghadirkan cabaran yang sengit. Namun beliau melihat perkara tersebut sebagai satu hal yang positif.

Faisal dilihat mempunyai peluang yang baik untuk meningkatkan kualiti beliau memandangkan Terengganu bukan sahaja bakal beraksi di saingan liga domestik, malah mereka juga akan beraksi dalam saingan Piala AFC.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain layak ke kejohanan peringkat Asia setelah menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bendera JDT Diturunkan Separuh Tiang Sebagai Tanda Penghormatan Kepada Syafiq Ahmad

Eksklusif: Matthew Davies Kongsi Pengalamannya Sarung Jersi Harimau Malaya Dan Kisah Menarik Bersama JDT

Kerteh FC Umum INKA Creative Beli 10% Saham Syarikat, Bakal Garap Strategi Lonjak ‘Branding’ Kelab